Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, May 30

update diri..

Assalammualaikum..

Lama tak tulis kat blog ni..tapi blog walking still on..

Keadaan tak mengizinkan..mood tarak, badan pun tak berapa sedap..rasa malas, ngantuk je..lepas isya' tu memang jarang la tengok tv, memang terus naik katil golek-golek, tunggu hubby buat susu then tak lama tu tidur..

Perut kerap lapar, tapi tekak tak nak makan..bila makan rasa nak keluar semula..gula-gula lemon sentiasa kena standby untuk membantu keloyaan itu.

Kena makan ontime, kalau tak pedih perut sampai ke hulu hati..nasib ada hubby yang beli makanan dan paksa makan, kalau tak confirm bini dia lagi kerap berguling atas katil tahan pedih perut..

Oh..aku memang tak masak ketika ini..dah nak dekat 2 bulan gak kot...sori lalink, tunggu ok sikit baru masuk dapur semula ye.

Makanan yang boleh diterima tekak ketika ini adalah nasi putih sahaja, plus dengan ayam atau ikan goreng dan sayur goreng..kuah-kuah memang tak makan la, cepat muak then makan sikit je..kalau nasi putih tu boleh la habis sepinggan.

Makanan yang sebelum ni jadi feveret memang dah tak feveret dah..pandang pun rasa loya tekak..

Kadang-kadang sampai 1 tahap, bila hubby tanya nak makan apa..aku dah tak boleh nak jawab..sebab sangat terhad sampai aku sendiri muak bila makan berulang makanan yang sama..

Takpe, tika ini memang aku sanggup harungi apa je kesusahan itu demi yang "tersayang"..

Tapi nasib aku sangat baik, Alhamdullillah takde pening-pening kepala sampai tak boleh bangun..hanya loya angin, muntah angin..kalau asyik keluar "something"..oh, tidak boleh dibayangkan..setakat ni ada la 2 kali ter eksiden muntah keluar "something"..hehe

Gosok gigi kena laju-laju, kumur laju-laju..i dah macam fasha sandha dah alergik ubat gigi..hahahaha

Aku ada masa beberapa hari je lagi nak rehat-rehat takde kelas..9hb start kelas, udah ko dedek jangan malas..duk bertandang ke opis semula ye dengan 4 kelas fluid mechanics utk di ajar, then start fikir nak buat soalan exam.

Oh..next week insya'Allah nak balik johor, lama tak balik rasenye sejak dari abah masuk ICU bulan 2 aritu..balik ni pun nak kumpul adik beradik, sambut bezday abah ngan anak sedara dan nak bayar nazar..doakan semua selamat k..Aamiin..=)

Lepas ni duduk opis depan pc, harap rajin la update blog ini ye..

Moga semuanya berjalan dengan lancar, insya'Allah..doakan keselamatan dan kesihatan kami..=)





Wednesday, April 10

Brunch


Ini adalah breakfast + lunch saya.. ikan kari, kerang sambal, ikan bilis.. sambal wajib..


Otw masuk kampus, singgah gerai tapau.. ni kes bagi orang yang malas nak keluar tengahari..

Disertakan sekali bersama secawan madu suam.. nak minum nes, tapi macam takut lak..hehe



Selamat menjamu selera..  

Hopefully tak ngantuk la lepas makan ni..=)



Friday, April 5

Weekend datang sudah




Tinggal lagi 1jam 32min nak thumb print then balik...=)

Terkesan....


Apa perasaan bila dapat tau ada orang print screen entry blog kita then tunjuk kat orang yang kita sedang ceritakan dalam entry itu..

Dalam kes ni aku tak tau nak cakap siapa salah..

Kalau ikutkan hati, dengan bongkak nye aku akan cakap "blog aku, suka aku la nak tulis pe pun kan"..

Tapi bila fikir dengan mendalam, sampaikan dalam solat pun boleh terbayang.. terus berkata "maybe ada hikmah nya, cuma aku je yang kena faham apa hikmah yang tersembunyi tu"

Dari sudut positif aku fikir, maybe kalau aku kat tempat "dia" pun, aku akan buat benda yang sama jika ada orang "kutuk" member dia dalam blog walaupun takde mention nama pun... tapi tak sesuai istilah kutuk kot, lebih kepada melepas perasaan je..

Kalau kutuk, mau kena saman pulak.. hehe.. gurau je, kang ada kena print screen lagi ni..hihi

Cuma agak terkilan, orang yang buat tu adalah seorang yang aku sangat hormati.. semua tentang "dia" aku puji melangit..

Tapi takpe, aku slow2 terima dengan hati yang terbuka, dengan berkata kepada diri sendiri "aku yang silap dalam hal ni, nak lepas perasaan pasal tempat kerja better sebut dalam hati je.. hehe"

Cuma dari segi negatif nye.. aku rasa cara "dia" mengakibatkan ketegangan yang berpanjangan.. macam ko nampak aku, aku toleh kanan.. aku nampak ko, ko toleh kiri.. hah gituh..

Walaupun kejadian ni dah hampir setahun lebih berlalu, waktu baru mula berkerja kat Penang, tapi bila baru mengetahuinya pun masih terasa sangat-sangat..

Ada hikmahnya.. bayangkan aku tau masa tu gak.. mau aku bungkus baju balik Johor, tak jadi nak mula kerja... hahaha..

Ok cukup.. mula-mula tak tulis kat sini.. tapi tak tau kenapa hati ni berdenyut-denyut sakit..

Hopefully selepas ni semuanya akan bertambah baik, aku boleh terima dengan hati yang terbuka, hilang sakit di hati ini.. Aamiin..=)





P/S: tak sabar nak pindah Johor.. walaupun ada "benda" yang aku tak berapa senang hati..tapi tak semua benda akan ikut kehendak kita kan... =)

Thursday, April 4

Negatif kepada Positif







aku seorang yang Positif apabila...

Sentiasa meningkatkan iman dan menjaga hubungan baik dengan Allah

Sentiasa bersemangat dan kreatif dalam tugasan dan kehidupan peribadi

Sering bahagia dan membahagiakan serta bersangka baik terhadap orang di sekeliling

Hati kecilku sering berkata "Kehidupan adalah hak setiap manusia. kite perlu hidup dalam damai, kebahagiaan, kasih sayang dan saling menghormati."

Fokus pada penyelesaian apabila menghadapi sesuatu ujian dan masalah, lalu bertanggungjawab berusaha mencari jalan penyelesaian.

Suka memberi

"Aura" positifku meresapi orang di sekelilingku sehingga mereka juga bersikap positif sepertiku.





aku seorang yang negatif apabila...

Lebih mendengar kata nafsu dan bisikan syaitan daripada mendengar kata hati dan bisikan iman.

Selalu malas, lemah semangat dalam kerja dan kehidupan.

Sering menderita dan bersangka buruk terhadap orang di sekeliling.

Hati kecilku sering berkata: "Kehidupan adalah satu kezaliman dan penderitaan. Ia penuh dengan dendam dan permusuhan."

Fokus pada masalah dan merungut serta mencari-cari dan meletakkan salah pada lain.

Suka meminta dan sukar memberi.

"Angin" negatifku telah menjadikan orang lain benci kepadaku bahkan mereka juga berfikiraan negatif sepertiku.



Minta dijauhkan seperti ini...tetapi jadi seperti di bawah ini...Aamiin..




Kredit: Majalah Solusi isu 52



Thursday, March 28

Motip??




Perlu ke ada tompok darah tu...haishhh

janji ditepati..


Dialog pada suatu hari "bie, tolong jage kan test rabu ptg"

"rabu ptg bie ada boxing"

"kalau bie jaga, ayg sanggup bagi apa saje"

"ok, bie nak jam"

errrkkk..tetiba rasa nyesal..hahaha

 Banyak-banyak tempat yang dah survey, Queensbay yang terbaek.. maka, khamis mlm gigih pergi ke pulau,  lepas tu pagi tu kul 3 dah bangun nak pergi shah alam dan last last tidur kat R&R..hehe

Ni jam yang ke-3...



First rosak sebab bini dia belikan yang murah je

2nd bini dia beli kan gak tapi berakhir dengan hilang kat pontian dengan cara yang pelik,bangun-bangun tidur dah takde dalam bilik yang berkunci dari dalam..wujud ke Toyol Jam?

3rd lalink jaga leklok ye, 5 tahun baru bole baru lain..hehe

Amoi kedai ni manyak garang, patut pujuk lembut-lembut..hihi



Tunjuk muka hepi sikit.. jaga test tak sampai 2 jam..haha..tak de la, memang niat nak beli, tapi tertangguh-tangguh sebab abe ni suka survey lama-lama dari terus beli.. 
*abaikan beg yang bini dia malas nak bawak ituh*



So lalink, sem depan u jaga kan semua test ayg lagi ek... hihi.. tapi tq ye jaga kan semua test ayg..=)





P/S: petang ni..Big Bad Wolf Books lagi..teman hubby lak..