Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, January 17

Cameron Highlands..hari pertama


Selepas sesi meluah perasaan semalam dah lepas, hari ini nak story sikit journey kami..hehe

Petang jumaat lepas, dalam pukul 2 selamat sampai ke CH..

Round dulu cari tempat nak tidur, then decided pilih equatorial..



Nape equatorial?..

Saje nak rasa bangunan hotel tertinggi..kebanyakkan hotel lain semua rendah-rendah ke..kekonon nak tengok pemandangan.



Pilih pun bilik paling murah..sekali dengan bfast dalam 270++



Nama pun paling cikai, so tak ada balcony ye..tapi ok la dapat level 9, paling tinggi 13..




Dan bilik ni takde bath tub, toilet takde pipe sisi ok..jenis keluar air dari seat bontot tu..huhu..terus teringat Concorde sejibik style yang tak digemari itu..

Tapi itu bukan penghalang untuk berhappyan ye..hehe

Petang siap keluar ke jalan-jalan..

Tea time...



Kali ni tak pilih cheese cake tetapi scones yang berharga sebiji RM6..huhu..lepas tu esoknya jumpa scone cuma 2 pieces only for RM7..ohhhhh



Suka kat sini sebab pemandangan dia sungguh...Subhan'Allah..





Before balik posing sat...sebab i pemalu, amik gambar belakang je..hihi



Oh bie..tq bawa ke sini...lap u much much..



Balik singgah pasar malam brinchang, beli makanan sikit then balik hotel dulu..

Malamnya baru keluar cari steamboat.. 



Ok..tu je untuk 1st day..

Later...







Tuesday, January 15

Kenapa nak bercuti


Kenapa saya nak pergi bercuti??..

Seriously, sejak balik dari berpantang kat kg...semangat nak move on tu sangat la rendah..sentiasa rasa tak bersemangat, kalau boleh nak tidur je, tak nak bangun-bangun..

Sentiasa teringat my "baby"..tu baru 10weeks..

Dan Alhamdulillah..selepas balik bercuti 3H2M, baru rasa happy tu datang semula..baru semangat nak buat baby baru..hihi

Dan semoga selepas ni, rezeki nak dapat zuriat semula termakbul..aamiin...=)

Dan kenapa saya pilih CH lagi..

Ntah ek, masa tengah sakit dulu memang hubby suggested Langkawi..

Tapi automatic tak nak, nak pergi CH..ko tengah-tengah sakit perut tu pun boleh memilih lagi hokey..

I memang suka tempat hijau-hijau, berbukit-bukit..kalau ada rezeki nak ke Switzerland or New Zealand..hihi..tak agak-agak impian kan..

Aku ni lemah sikit bab-bab naik benda bergoyang-goyang ni..macam feri. Hubby kata naik flight..

Huh, tak berbaloi langsung..sini ke airport je dah berapa tambang teksi, nak tunggu 2 jam lagi..sedangkan kalau naik kereta sampai ke Kuala Kedah baru sejam lebih, naik feri lagi murah..

Lepas ni destinasi percutiam tak tau kemana lagi..selalu memang plan last minute..=)



P/S: lega nama kami untuk transfer ke Johor dah beri kepada pihak atasan..



Monday, January 14

Tinggal keseorangan sudah


Punya la semangat masuk opis pagi ni setelah balik dari bercuti....tetapi...

Pagi yang cerah..kini sudah gelap gulita..

Sebab-sebab?

Bila masuk bilik je, terus nampak situasi begini..


Kosong...

Waaaaaaa...roomates saya sudah berhenti sepenuhnya..kontrak beliau bersama UiTM tak disambung..

Sangat boring ok, selalu ada gak member nak gosip-gosip, gelak-gelak, kutuk-kutuk *ok, tu tak habits yang tak baik*..

Hari ini masuk terus terasa KOSONG dan MENGANTUK..dan terus aku lena atas meja sendiri..sedar-sedar dah pukul 9..hehe

Tempat tu memang ira akan ambil, or aku tukar ke situ..tapi mek kecik tu berapa kali je ada kat sini..selebihnya, aku nak gosip dengan sape..sob..sob..sob..

Level ni dah la semua lects lelaki, kecuali kak ifa yang belum masuk berkerja lagi..

Laki i suruh pindah bawah, duduk sekali dia tak mau..bahaya katanya..ntah apa yang bahaya pun aku tak tau..

Tapi betul gak, kat umah ngadap hubby, takkan kat sini nak berkepit je kan..

Tapi i still sangat sedih dan terasa..





P/S: terus jadi Monday Blues...

Friday, January 11

Di sini..

Bersiaran langsung dari Cameron Highlands..


Ikutkan esok, sabtu baru ke sini..hotel pun hanya check in sabtu..di Century Pines Resort

Tapi diawalkan hari ini..sampai ngam-ngam kul 2, pusing sikit, then terus decided stay kat Equatorial Hotel

Tu saje..sekian laporan singkat..hehe

Tuesday, January 8

berurut

Sempat lagi lunch hour keluar rushing ke Penanti..

Hajat adalah untuk berurut

Tadi talking talking dengan nana & ira tanya kenapa perut sampai ke pinggang sakit..so untuk mencari jawapan, berurut la nampaknya..i takut nak pergi jumpa doc, takut kena scan dari bawah..huhu

Habis je lab, terus ajak ira teman..sebab pernah lalu tempat tu nampak macam horror skit...maybe warna building dia yang pink menyeramkan..hehe

Bila sampai, story skit apa masalah..terus masuk bilik, salin baju dan urut

Akak tu urut lembut je, tang kat perut tu memang lama..

Komen dia...badan berangin, bahu urat masuk angin gak (standard aku), rahim masih bengkak lagi...

Ok..hilang kegusaran di hati..takut rahim i jatuh je..

kalo semua ok..alhamdulillah..=)

Urut kat sini..



Monday, January 7

Monday

Assalammualikum..

Hari ini tak boleh nak blues..blues..blues..banyak kerja nak kena settle, kelas start 2pm -10pm..

Eh, ada gap la tengah-tengah tu..kang nampak macam buzy beno..hehe

Writing tak complete lagi, khamis malam nak bertolak ke Shah Alam dah..huhu

Tapi bila fikir balik, kena ada 1 fikiran positif untuk mengatasi kesemuanya, untuk menaikkan semangat..

Iaitu sabtu nak holiday..hotel dah siap book..=)

Chayok..chayok dedek..

Now tengah menunggu hubby balik ngajar untuk brunch..



Makanan i cuma roti 4 segi tu je dengan se"mug" air milo suam..maklum la tengah berpantang makan lagi..

Lagipun selera memang down sangat..lapar pun bila dah petang..masa tu baru menggelupur nak cari makan, tu pun tekak memilih.

Stokin pun still on lagi..nak ikutkan dah berpasang-pasang dan berjenis-jenis stokin aku ada kat rumah, hubby beli, aku keluar nampak kedai stokin pun mesti singgah beli..hihi


Cute tak..cute tak..hehe

Tak tau kenapa pilih hitam..sebab baru datang semangat nak berpantang kot..stokin coklat pun ada, tapi kureng skit nak pakai..

Ok..sekian..bebelan di pagi ini..i mau ke pantry masak dan buat air..=)





Wednesday, January 2

Takde rezeki

Takde rezeki..

Miscarriage ketika kandungan berusia 10 weeks

Aku pun baru balik bercuti aka berpantang di johor hampir seminggu..

Sedih memang sedih..tapi life must go on, yang penting hubby di sisi..=)

Fokus buat baby baru lepas ni..hehe 

Doa-doakan la ye..=)