Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, July 4

saje je kan



Masa dapat macam ehhh..."bukan sem lepas saya dah pergi ke, amin kata gilir-gilir ngan lect lain every sem"...

Bila tengok ex-student yang hantar kad macam..err..errr...oh, aku tercakap ganaz kot tadi, sampai diorang pandang sesama sendiri..

Terus tukar topik.."husband saya dapat sekali tak ni"...bajet giler kan tanya gitu..tapi bila dah jawab.."mesti la ada puan"...daku bagi puji sekali.."pandai kamu"...hehehehe

Saje je kan nak bagi jumpe my sv malam tuh....memang dah set dalam otak..."takpe sem ni tak kena pergi lagi anugerah dekan ni, sem lepas ngn hubby dah tersenarai"..tapi takpela, makan free..hehehe

Bak kata ali, sv datang 15,16, 17 bulan ni..ini la masanya..tapi keje tak siap lagi..dah la malam tadi bantai tidur dari kul 8 lebih sampai ke pagi terus...hahaha..hubby balik dari surau pun tak sedar..

Kalau ngantuk lagi kat opis ni, tak tau dah nak cakap pe...emmm




P/S: dulu boleh bertahan stay up sampai ke pagi, la ni kul 12 mesti dah ngantuk giler...haishhhh

Tuesday, July 3

coffee bean


Hari ini kelas sangat penuh...gap sejam je ni, sebelum sambung semula kul 2 sampai 5 nanti..

Sempat lagi update blog, letih berbicara dalam kelas, nak luahkan dalam blog pulak..hehe

Semalam, masa balik keje, tanya hubby nak pergi mana..hubby kata.."jom dapatkan yang ayg teringin-ingin kat blog tu"...eehhh..org cakap je..hehe

Memandangkan balik kul 6, punya la jem nak ke autocity tuh..sebab kat situ je ada coffee bean..

Bila dah sampai...fuuuhhh, rambang mata dengan kek..

Tapi stick pada 'teringin-ingin' tuh..hehe



Abang bolat..style dia dah berubah sejak-menjak ni...nak ikut mentor kat shah alam katanya..haha



Ni makanan orang diet ni..



Errr...tak cantik tau dia potong..tak nampak gebu..



Yang masa makan hari ahad malam lagi cantik..eh, makan je la kan, bising je lebih..ok, 2 hari berturut layan cheese cake..so, no wonder berat naik berkilo-kilo kan..



Tq hubby...lap u much-much-much-much...more-more-more-more..ehhh..






P/S: Badan letih....

Monday, July 2

cube@jusco perda


Kelmarin masa teman hubby cari kemeja kerja, sempat singgah tempat game kat sebelah food court..

Selalu layan game tolak-tolak plat bulat kecik tuh..syiok bangat, walaupun setiap kali lepas mr.bie menang, daku akan cakap.."tak kire bagi ayg menang lak, kalau tak, main lagi"..hahaha..the end, sampai 3 game main, still kalah..hahahaha..

Nasib nampak box cube kat bawah ni...kalau tak, mau sambung game lagi..



Tetiba gatai nak try kan..tengok token nak 10 keping = RM10

Mula-mula macam...apakah yang menyebabkan mahal sebegitu??

Tapi bila dah cuba, nak lagi dan lagi..hehe

Step 1...masuk box pertama, tempat berposing ... 



Step 2...masuk box untuk buat sendiri editing...



Step 3...ambil gambar yang dah siap....



Senang je kan...tapi paling lama dalam tempat editing la...sebab 1st time kan..main tekan-tekan tanpa motif je..

Tengok hasil....terasa muda...terasa geli pun ade..hahaha



Lepas tu beria cari frame nak letak gambar...

Tapi gambar ni sebenarnya stiker cuma kami tak sanggup nak bukak tampal, bukan senang nak ada gambar posing mesra alam gituh..mau muntah orang snap kan...hahaha..

Kang tampal kat board office mau student nampak lak..bagi adil, letak kat rumah..



Semua aksi adalah spontan..lepas ni kalau nak buat lagi, dah boleh berangan-angan nak buat aksi camne sebelum masuk box..hehehe




P/S: berangan nak buat outdoor photo shoot masa sekian..sekian..sekian..hehe

ketam dan hadiah


Setelah sekian lama tak mengalami sindrom MB, hari ni terasa sangat-sangat kemalasannya, sampai nak keluarkan suara pon malas tahap gaban la..nasib pagi takde kelas kan..

So, marilah menghapdet ini blog sementara mencari mood yang melayang..hehe

Sekian lama selepas mendengar requested dari mr.bie berulang-kali, maka akhirnya siap la hidangan ketam masak sweet sour yang diidam-idamkan


Sampai terkeluar-keluar sepit dia..

Yang ni daku beli ketam kecik je, kunun-kunun buat percubaan kalau tak jadi, takde la ralat sangat..hehe..tapi bila dah rasa, ala-ala masakan mak di kampung..so bole la beli ketam besar sikit lepas ni..hehe

Total ketam kecik 11 ekor gitu, dan semestinya habis...=)

Tapi jenuh nak hilangkan bau ketam kat dapur..hahaha

Oh..selepas 7 bulan kahwin, ada gak orang nak bagi hadiah lagi...tq rizal, pandai kamu balut hadiah..hehe



Ok...tu je sekian...=)




P/S: teringat-ingat chicago cheesecake kat coffee bean....sedap bangat..

Friday, June 29

sangat tersentuh





Rasa nak nangis tengok, kesian sangat-sangat...jujur..1st impression bila tengok gambar ni, air mata terus bergenang..

Ohhh...daku sentiasa bersyukur dengan apa yang ada...

Pada umur 28 tahun ni, ada suami yang baik dan sempurna untuk ku, family yang sentiasa sporting dan penyayang.. 

Dah ada kerja walaupun tak confirm dan habis master lagi, kereta walaupun bertahun lagi habis bayar..hehe..rumah tempat berteduh walaupun sewa je tapi bila dah de dalam rumah, tak nak keluar ke tempat lain..=)

Daku sentiasa bersyukur.....terima kasih Ya Allah, moga selepas ni kami dikurniakan 'rezeki dapat anak' pula...=)

Hubby pelik tadi, cakap lepas balik surau isya' nanti nak ke carrefour, daku cuma pesan sos tomato dengan minyak masak, yelah orang tu kan nak makan ketam, siap beli ketam kat pasar malam tadi..lepas tu, bila pesan dua barang tu siap cakap.."ala, pesan la lagi, bie nak shopping banyak-banyak"...errkkk..shopping tanpa bini disisi???...hah ko, siap pesan sabun, susu, pewangi dll bagai..kang suh beli tuala wanita segan pulak..hehe

Oh, malam ni takde movie di wayang..daku insaf kejap je ni, nak buat kerja..kunun-kunun nak stay up..yelah, jeles tengok orang dah viva...tahniah nana...=)...ni buat den semangat berkobar ni..hehe

Buat Mr.bie..."wayang tunda esok malam..malam ni nak jadi budak baik"...hehe




P/S: mudah tersentuh tengok orang susah...

Thursday, June 28

Naziha


Tetiba tertengok cerita Naziha kat tonton.com, sejak de astro, cerita-cerita kat tv3 daku tinggalkan, ameera tu pon daku top up tengok kat tonton gak, selalu tengok kat opis..hehe

Slot Zehra tv3 selalunya menarik sebab tentang keagamaan..last cerita, bunga-bunga syurga..suke tengok sebab jalan cerita dan pelakon-pelakon dia cantekkk, lagi-lagi heroin dia...wawa zainal, dia memang cantik dan nampak betul muslimah sejati even luaran skirt pendek maaa..hehe


Berbalik kat cerita Nazihah nih, baru 1st episod daku cuma dengar dialog..."dia paling cantik"..."paling cantik kat kampung".."sangat cantik"..."sebab cantik aku nak dia"...ehhhh..

Punya la dia nak gambarkan watak heroin tu cantik bangat sampai semua lelaki boleh tangkap syiookk kat dia..hehe

Cuma macam tak sesuai nak kata izara aisyah tu cantik sangat, adik lelaki jahat tu pun cantik gak tau..kalau watak tu diberi kat wawa zainal yang berlakon cerita bunga-bunga syurga lagi ok kot, sebab dia memang cantik bangat..


Tapi tak tau lagi kan next episodes..so far typical drama melayu...emmmm..


Sinopsis: Drama Naziha mengisahkan Naziha dikurniakan raut wajah yang amat cantik. Kejelitaannya menjadi pujaan kaum lelaki termasuk rakan lelaki yang sebaya dan juga yang telah dewasa. Naziha tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana mereka mencemburui kecantikan dan kepandaian yang dimiliki oleh Naziha. Meskipun digilai ramai lelaki namun Naziha tidak pernah melayan karenah mereka. Namun Farouk tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan Naziha.





P/S: dulu kat sekolah tak de pulak members yang cantik alami situasi camni...sekolah lain ade kot..

Tuesday, June 26

ubat


Tewas sudah..



Bila seminggu kena batuk, daku bole tahan lagi tak makan ubat, hanya gula-gula strepsil..

Tapi bila kena selsema 2 hari, sampai lubang hidung dua-dua tak berfungsi dan bernafas ikut mulut, terus tak boleh blah..

Biar batuk tapi jangan la selsema..bila kena je, sampai kepala sakitnye..ngajar pun dengan suara serak + sengau..tambah lagi dengan tidur lambat malam tu dalam kul 3am++..

Bila dah tak tahan sangat, balik keje semalam singgah farmasi beli ubat selsema dan kahak je, ubat batuk botol memang den tolak tepi le..

Balik umah dalam kul 9 tidur terus pengsan sampai kul 6am++.hehe..puas hati..mr.bie ada kelas malam, so tidur la tanpa perasaan bersalah..sampai hubby kata tidur muka berkerut..haishhh..

Tapi tadi pagi, konon nak sihat dengan jayanya, telan ubat lagi..pastu kul 10 dah lalok..hehe..dah la hari ni kelas full 8am-1pm, then sambung 2pm-6pm..nyempat lagi update blog time lunch hour..

Bila dah sakit camni, even baru sakit yang basics..terus rasa sangat memerlukan waktu sihat ku dulu..camne la perasaan orang yang sakit kronik kan..emmm




P/S: benci ubat...