Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, June 25

berganti penyakit




Harini rasanye genap seminggu daku kena sakit tekak, batuk, tekak gatal, semua cukup la...dan hari ni juga daku dah mula selsema...

Malam tadi sebenarnya hidung dah mula rasa tak selesa, bila bangun pagi dah tersumbat dah..dugaan sungguh..tapi siang tak teruk sangat..bila malam baru terasa kesan kedua-dua penyakit ni..

Sepanjang minggu batuk, daku tak pernah ambil ubat, tak pergi klinik walau diajak berkali-kali..cuma makan strepsils je, rasenye sehari sebungkus..kalau check darah ni, mau naik paras gula..hehe

Daku cuma mengamalkan minum madu + air suam je..akhirnya berguna juge madu yang dah berbulan beli kat Cameron Highlands haritu..


Oh...kalau diberi pilihan, daku lagi rela kena batuk dari selsema..sebab bila hembus, terus tangkap kat kepala, dan terus hilang semua fokus, fikir nak baring lelap mata je..

Dalam batuk ngan selsema, bole layan Java Chip kat starbuck tadi..dasar tak sedar diri kan..pastu bila habis saiz venti tu, batuk menjadi-jadi..hehe

Takpe..penyakit tu penghapus dosa, dan daku redha..=)




P/S: 2 hari cuti terasa sekejap bangat...

Thursday, June 21

Seoul Garden


Ikutkan hati masa ni nak lelap mata setengah jam, so kelas pukul 2 nanti daku akan segar bugar bercakap..tapi disebabkan asyik uhukuhukuhuk je, tekak sangat gatal dan sakit..terus batal hajat, capai mouse terus buat entry baru...

Semalam 1st time makan kat seoul garden ni...sebelum ni kat shah alam daku layan Flaming Steamboat..

Dan sebelum ni juga dapat bad reviews dari members tapi disebabkan ke'tension'an sesangat dengan students semalam, bila mr.bie tanya nak makan apa, aku jawab "nak makan banyak-banyak dan taknak masak"...sampai gitu sekali

Terus cakap.."bawa pergi pulau atau seoul garden"..dan terus ke seoul garden kat auto city, mr.bie dah pernah layan dah..

Mula-mula ok gak keterujaannya..cuma a bit formal compare dengan flaming..ke sebab pergi dengan pakai pakaian kerja...hehe..tapi suasana pada daku tak syok sangat..

Keistimewaan cuma bole bbq..



Amik pon sikit-sikit je..sebab tak habis kena bayar..kat flaming takde pon tau..



Sos-sos yang biasa-biasa je...



Part yang ni mr.bie yang mahir, duk bubuh, godek-godek ngan chopstick..errr, daku tak reti guna..hehe



Mula-mula latar belakang geng-geng cina yang memekak sepanjang masa, bukan tak leh sambut bezday kat dalam tu, cuma kalau dah tau diri tu jenis terpekik-pekik, ko g cari tempat open la, bukan tertutup camtu...

Dah la tengah stress, pastu makan dalam keadaan bising giler..hampeh tul, takde civik punye olang...



Lepas tu bila dah 2 kali daku terpadam kan api, terus tugas mengawal api diambil alih...kena pecat..hahaha



Desserts pun biasa-biasa je..aiskrim cuma ada 3 jenis dan lembik...sedih..



Yang menampakkan best, bangunan kat auto city ni sebuah-sebuah je.. 



Overall...tak berbaloi...mahal dan tak faham kenapa sup dan air yang cair tu kena kira asing-asing..total RM85++ untuk 2 orang..

Maybe pernah makan yang lagi best before ni..tu yang kecewa sedikit..

Ayat hubby bila daku ngomel "bie dah tau dah, tapi saja nak bagi ayg rasa sekali"..errkkkk




P/S: kelas 2 jam lagi...suara dah nak takde dah ni, kalah ella...

Wednesday, June 20

Wordless Wednesday: peaceeeeee









P/S: tak sabar nak ada anak sendiri...=)

Tuesday, June 19

selamat ulang tahun


Walaupun dah lama, tetap nak update tentang hari spesel..=)

Bezday daku 1 Jun lepas sebenarnya, so masa balik pada minggu tu, kami sekeluarga gabung sekali dengan bezday abah yg walaupun dah agak lama dariku, 25 Mac..

Yehuuu...kek kami...errr, yang sebelah nama abah tu, nama manja i..hehe



Dengan cucu-cucu yang tak reti duduk diam..



Kumpul hadiah dulu...tapi time potong kek, x dapek nak upload sebab i tengah free hair gitu, malas nak edit tutup sesemua..



Masa untuk buka hadiah...







Yang ni spesel sebab dari kami berdua...=)



Untuk daku pulak..malam before bezday tuh kami balik johor, so siang tu mr.bie just beli 2 slices kek SR yang dikongsi bersama 4 orang..hehe



Dan siang tadi, Puan Fazira telah melaksanakan janji beliau..banjer kek SR...tq mokcik..



So, malam ni i ade 2 slices kek nak dimakan....hepinye menaikkan berat badan...hehe




P/S: tekak sedang sakit...adakah kesan dari jerebu....hubby kata 'seksi'...huhuhu


Monday, June 18

akhirnya hujung minggu di rumah


Alhamdulillah..akhirnya dapat stay kat umah wikens lepas..

Sabtu siang tu mr.bie main paintball, daku duk releks jadi budak baik kat umah je..

Dan semalam, ahad tak masak sebab tuan rumah nak datang melawat umah tengah hari..alasan sungguh..tapi betul la, nak tunjuk umah bersih dan tersusun kat owner..hehe

Bila owner dah choww, perut dah bunyi-bunyi minta tolong, terus kuar makan...dan terus ke pulau...

Seriously, kat tanah besar susah sikit nak cari makan yang simple-simple selain dari nasi..so, kalau nak kelainan sikit, pergi la ke pulau terus, padang kota..

Errr..kat sini makan memang mahal skit, tapi memang pelbagai la, takde la makan nasi, pizza, ayam je..

Sotong kangkung ni ade 3 jenis..kecil RM6, sedang RM9, besar RM12..before ni memang ambil sedang dan besar je, tapi semalam ambil kecil..sedap bangat..



Pasembur yang ambil tak berapa nak banyak dan penuh pinggan RM12, nasi goreng paprik kat belakang tu RM5



Yang ni wajib..kerang bakar RM10..pada aku memang mahal la..beli sekilo baru 3 lebih je..ni rasanya sekilo sepinggan tuh..



Balik tu rasa kenyang yang puas hati...hehe

Tapi alang-alang dah masuk pulau, dah bayar tol RM7, terus tuju ke Queensbay Mall..kunun-kunun nak makan strudel yang opismate kata sedap giler tuh..

Backerei..strudel dia memang sedap sangat..sampaikan rasa nak makan sorang-sorang taknak kongsi ngn hubby je..



Before nak balik, singgah coffee beans..tu dia abang tengah kerut dahi kira harga..hehe



Dua-dua tu first time pergi..backerei tu pun sebab orang yang recommended, rupa dia macam kat bawah ni..errr, satu dah kena makan..gambar gelap sebab tengah tengok 'wayang' movie thor ngn hubby kat ruang tamu..



Dan selalu layan starbuck, semalam bole pulak tetiba singgah coffee beans..errr, kek dia daku tak makan lagi, ada dalam icebox lagi..

Overall...wikens yang sangat menggembirakan bersama yang tersayang..=)





P/S: mr.bie..nak 'coklat gebu' kat pinggan tuh lagi....

Merosakkan Otak



1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.



source: laman kongsi





P/S: oh tidak...no 7 tuh memang wajib buat la..kalo tak, tak leh lena...


P/S: alhamdulillah cik abe dah tak merokok sejak kawen...lap u dear..=)

Thursday, June 14

ikan oh ikan...


Last few weeks, masa kami balik Johor nyempat singgah jeti, kebetulan bot baru balik dari laut..

Gambar bot tak sempat amik, dulu bot mcm kat bawah ni tapi sekarang dah transform ke bot laut dalam..



Bot dulu, pergi pagi balik petang..sekarang ni pergi 2-3 hari baru balik..takleh lama-lama, nanti ikan tak fresh..

Yang pergi ke laut 3 orang je..tapi bila sampai ke jeti, ramai turun bot tolong asingkan ikan..tokey bot cangkung tengok hasil je, isteri tokey bot pulak minta lauk nak bawa balik..hehe



Tugas daku???

Kutip ikan kecil-kecil yang diorang nak buang...hahahaha...balik goreng, sedap giler..



Oh, tak dapat bayangkan daku g laut then tido terhuyung-hayang..huhu 



Eh, ni bukan tekong bot ye...



Sepanjang kat laut, ikan yang dah siap tangkap ngan pilih, disimpan dalam box aircond ni..



Sesi bawak naik ikan.. 



Maka, fahamlah nape daku tak berapa gemor makan kat  the manhattan FISH MARKET..



Yang ni larat lagi angkat



Bila nak keluarkan yang lagi besar dan berat..surrender beb..



Asingkan udang ikut saiz..


Maka wiken tuh makan ikan, udang, sotong sentiasa..hehe..ketam takde kat bot ni, kat bot kecil yang lagi satu..

Dan entry diakhiri dengan gambar 2 org budak yang tak mandi lagi..turun bas, sampai rumah, naik kereta terus tuju ke jeti..=)







P/S: hubby asyik berangan pencen nak duduk kampung dan tangkap ikan je..