Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, January 13

never say never...


Tetiba jumpe ayat yg 'mengusik' jiwa daku masa 'selongkar' cari data utk thesis kat laptop...


Hard work is the price we must pay for success.
 I think you can accomplish anything if you're willing to pay the price. 



Baik...sayer paham...




Sekarang ni pon daku tengah 'sakit'..

Sekarang yg bermain-main diminda adalah...master...master..

Nak tido ingat "beliau"

Nak makan terkenang "beliau"

Nak ngajar hati tak tenang mengenangkan "beliau"

Nak manja-manja ngn hubby pon bole terbayang "beliau"

Oh...tidak...tidak...tidak..

Penyakit daku dah semakin kronik..student cuti sem je, aku nak pecut, takde lari-lari manja lagi dah..



Pesanan utk my hubby:
Bie, kalo ayg tak buat keje master nanti, tulun luku pale i ye...janji tak mara *erkkk*


Semoga dipermudahkan semuanya..amin..=)







P/S: isnin dapat coti...i love my job...huahuahuahua..

Wednesday, January 11

Yang mana satu perasaan di kalbu


Sedih atau gumbira...



Ayat tak bole blah..

The truth is..
Tadi dok call my sv...dia angkat fon, dia punye suara..ceria nya macam baru dengar suara member lama yg dah lama tak berhubung...huhu..daku sangat la terasa..tak tau rasa apa..bersalah maybe..hehe

Oh..memang sangat-sangat la terasa..last jumpe masa sebelum nak kahwin dulu..tu pon dia cakap, "takpe, u gi kawen dulu, jgn fikir benda-benda lain dlu"..aku bila org dah sua suruh fikir kawen je...pucuk dicita ulam mendatang..hahaha

Ni kawen dah beberapa bulan, baru la nak jejak kasih semula...

Appoiment - Isnin petang..

Harap-harap sempat balik utk thumb print semula pada hari yg sama..

Semoga dipermudahkan segalanya..amin..=)

Takmo sedih-sedih..ceria-ceria suda...hehe





P/S: Setiap hari terasa masa berlalu dengan pantas..bersyukurlah dengan apa yang ada..=)

Tuesday, January 10

clinic cafe: first & last


Gambar ni dah lama...zaman sebelum kawen lagik..tapi tetiba terjumpa dan tetiba nak buat entry gak pasal cafe ni..hehe

Cafe ni terletak kat seberang jaya, dekat ngn sunway carnival tuh..

Tak tau la nape tetiba nak cuba masuk..sebab nampak unik kot..

Ni entrance dia.



Ko bole pilih nak open air o masuk bilik pembedahan...ehhh...bilik ber'aircond'



Ni la surgery room tuh..



Ok..aku dah start panik..selera terus tumpul masa tuh..
Nak kuar semula, kitorg je pelanggan, nampak tak sedap la pulak kan..
Last-last terus redah..Order je la yob...



Pakaian pon menepati piawaian klinik hokey...Tapi kalo tak silap, dia slang Indon..hehe


Nak order pon satu hal..kene catat bagai macam kat kedai ayam penyet lak..
Dah la semua berset-set..ko pilih tuh, dapat tuh..ko pilih ni, dapat nih..

Sementara nak sampai makanan..layan suasana sekeliling dulu..

Simbol merah putih tuh yg tak best nak tengok..walaupon 'standard' sedunia...



Betul-betul kat tepi meja kami...errkkk...waktu yg tak sesuwai kot..



Atas kepala...ehhhhhhhhh...jangan bedah saye...hehehe..sengal la ko dedek..



Masa sampai bekas ni, hati aku rasa tak sedap dah..jangan dia bagi barang-barang klinik sudah..hilang selera teman kang..



Rupenye betul...sudu & garfu dalam bekas yg doktor selalu letak peralatan diorg..



Ni lagi haru...siap ada shringe hokey..dalam tuh kicap..huhu



Nasi lemak dalam tray..hehe..betul dah macam org sakit, takpun budak asrama..



Roti bakar bersama bendera khas..



Ni masa nak bayar...



Ok..kesimpulan bole diberi...ni la kali pertama dan terakhir aku datang makan kat kedai ni...

Makanan sedap tapi selera out...emmmm



Friday, January 6

SBPA didakwa pinggir pensyarah



JPA diminta kaji kenaikan gaji dengan ambil kira kesarjanaan, kekananan

PUTRAJAYA: Majlis Persatuan Kakitangan Akademik (MPKA) Malaysia yang mewakili kira-kira 30,000 pensyarah gred 54 ke bawah di 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula pelarasan gaji mengikut Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dilihat meminggirkan mereka.

Pengerusi MPKA Malaysia, Prof Madya Dr Razli Che Razak, berkata kajian semula itu perlu kerana peralihan tangga gaji dari Sistem Saraan Malaysia (SSM) ke SBPA untuk kakitangan akademik bergred DS54, DM54, DU54 dan DUG54 ke bawah didapati meminggirkan prinsip kesarjanaan dan kekananan seseorang kakitangan akademik di IPTA.
Beliau berkata, MPKA melihat pelarasan gaji berkenaan sepatutnya mengambil kira aspek kesarjanaan dan kekananan seseorang pensyarah dalam pelaksanaan SBPA supaya ia adil kepada semua pihak. 

“Jika kita lihat kembali pengumuman Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2012, kenaikan gaji penjawat awam mesti antara tujuh hingga 13 peratus daripada gaji mereka mengikut SSM, tetapi ia tidak berlaku kerana hasil analisis mendapati peningkatannya (mengikut SBPA) hanya kira-kira tiga peratus.

“Malah, jika dilihat dari segi gaji permulaan pensyarah gred DS45 mengikut SSM dan SBPA, kenaikan hanya RM3.90 iaitu daripada RM2,546 kepada RM2,550. Bagi kenaikan gaji gred 52 dan 54 pula tidak mengambil kira aspek kekananan dan tempoh perkhidmatan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan wakil MPKA dari seluruh negara di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau berkata, MPKA mendesak JPA melantik sekurang-kurangnya tiga wakilnya menganggotai Majlis Bersama Kebangsaan tanpa kekangan gred dan tidak mengira sama ada mereka dari kumpulan profesional atau bukan. 
Selain itu, Razali berkata, JPA perlu mempertimbangkan pemberian insentif baru kepada kakitangan akademik berdasarkan status universiti atau kepakaran seperti Universiti Penyelidikan atau Universiti APEX menerusi pelaksanaan pemberian insentif di bawah SBPA pada 2013. 

“Kita juga berharap JPA akan mengkaji semula dan mengubah frasa opsyen dalam surat tawaran SBPA yang bertulis ‘muktamad’ kerana ia dilihat sebagai paksaan dan tidak membenarkan rundingan,” katanya.

Berikutan itu, MPKA bercadang mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, bagi membincangkan masalah itu.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, yang turut hadir berkata, beliau menyokong tindakan MPKA itu dalam menyuarakan pandangan mereka kerana ia mampu menjamin kebajikan kakitangan akademik di negara ini.

“Kebajikan kakitangan akademik amat penting kerana mereka memainkan peranan besar dalam pembangunan modal insan dan melahirkan tenaga kerja berkualiti di Malaysia.

“Justeru, CUEPACS berharap JPA turut mengambil kira desakan dan pandangan kakitangan akademik di IPTA dalam perbincangan mereka tidak lama lagi,” katanya
. 




Source: bharian online

......................................................................................................

Daku sangat SETUJU!!!...

Asyik cekgu je dpt benefits lebeh..sampaikan org kata.."baik jadi cekgu dari pensyarah politeknik"..huh, sampai gitu sekali..

Walaupon daku tak fully abis master aka sarjana lg..daku sokong 100 percent..=)

Tentang bersara nanti pon same..masa meeting aritu, ada 2 pilihan..kalo setuju sain contract..kalo tak, bersara la kamu..haha..

Baik cakap terus terang, kalo ko tak terima opsyen baru ni, ko berenti keje terus..hehe..kan senang..



P/S: Ingat senang ke jadi pensyarah ni..lagi2 yg baru start ngajar...tolong hargai kami juge ye..=)












Sunday, January 1

EPO: Evening Primrose Oil


Pada petang ahad yg syahdu ni, sebelum daku nk lelap mata sat..saja nak tunjuk vitamin tambahan yg daku amik lepas kahwin ni..before ni daku beli kapsul herba masa urut & bekam zaman gadis-gadis dlu..*huh..*

Tapi bila dikenalkan produk dibawah ini oleh kak zue..daku terus melekat mencubanya..

EPO - Evening Primrose Oil



Masa beli ni..dia jual 2 botol melekat terus..1 botol ada 160 biji..bila terasa banyak sgt, daku minta 1 botol je..kot-kot la kn tak sesuwai..harga dalam RM70++..

Yg daku tau, EPO ni mengandungi Omega-6 yg daku sendiri tak tau apa manfaatnye Omega tuh..so, google2 jumpe la beberapa artikel tentang EPO ni..


Kebaikan Minyak EPO berkualiti untuk kesihatan dan kecantikkan:
  • Membantu mengawalatur kitaran haid
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut
  • Mengurangkan simptom putus haid-panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri -bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak.
  • Melegakan ekzema dan alergi kulit
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah

So, mase bace blog Amanda ni..Doc kat klinik breast cancer mak dia keje akan suggest pade patients yg dtg supaya beli EPO ni..


Info kat bawah ni pon aku cilok dari blog Amanda tuh.. hehe..*sesuwai bila ade baby nnti..=)..*


Ketua Saintis Efamol Limited, Peter Clough, berkata antara petanda kekurangan EFA adalah kekeringan kulit, kehilangan air melalui kulit yang tinggi, penyembuhan luka yang perlahan dan lemah dalam melawan jangkitan kulit.

“Selain EFA dan LA, asid Gamma-Linoleik (GLA) penting untuk kulit. Bagaimanapun kulit adalah satu-satunya organ yang tidak dapat menghasilkan GLA. Bahan kimia yang kuat dan terkena pada kulit menyingkirkan lemak seperti LA dan GLA daripada permukaan dan merosakkan lapisan di bawahnya.

Bagi masalah lebih teruk, ia boleh berkembang menjadi masalah yang dipanggil ekzema yang biasanya bermula di tangan dan merebak ke bahagian lain apabila terdedah kepada agen tertentu. Masalah ini boleh berkembang menjadi dermatitis yang kronik dengan kejadian rekahan kulit yang besar dan jangkitan kuman.

“LA dan GLA adalah asid lemak yang ditemui dalam minyak Evening Primrose Oil (EPO). GLA menjadi semakin penting untuk kesihatan kulit kerana perubahan diet dan gaya hidup. Evening Primrose Oil EPO juga membantu masalah ekzema atopik dan ruam lampin yang dialami bayi,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kajian, menyapu GLA pada kulit mengurangkan kehilangan lembapan, meningkatkan kelembutan kulit dan mengekang kehilangan air daripada kulit.

“Evening Primrose Oil EPO, meningkatkan lembapan kulit sebanyak 13.9 peratus, menyekat kehilangan lembapan 10.2 peratus, ketegangan 19.2 peratus, keletihan 22.2 peratus, kelembutan 3 peratus dan keanjalan 3.5 peratus. Evening Primrose Oil EPO boleh memperbaiki dan mengekalkan kerosakan kulit disebabkan penggunaan sabun pencuci dan lain-lain seperti radiasi matahari, bahan kimia, kosmetik, pendingin udara dan asap rokok,” katanya
.


Setakat ni daku rasa ok je..sebab sebelum ni pun tak pernah ada masalah2 time period, muka jerawat - semestinya ada..hehe..tapi in future mungkin berguna..

Bak kata Amanda... Prevention is better cure ..sangat betul...(^_^)..
Info tambahan yg daku dapat dari kak zue: masa pregnant, sila berhenti makan EPO ni..

Daku pon google2 lagi utk dapatkan info bila hamil nanti..*amin*..=)

Diakhir trimester atau pada 9 bulan kehamilan, ibu hamil digalakkan untuk mengambil Evening Primrose Oil bagi membantu dan memudahkan proses kelahiran.Tetapi, jika tempoh mengandung baru mencecah trimester pertama dan kedua adalah amat dilarang untuk mengambil Evening Primrose Oil ini. Hal ini kerana dikhuatiri ancaman keguguran akan dialami oleh ibu mengandung. 

Ok...awal2 pregnant tak leh amik EPO ni..nanti dah nak bersalin nanti, baru ambil semula..

Sekian..tu saje..daku mau lelap sebentar..hehe..




P/S: azam baru utk harini...nak beli vacuum cleaner ptg ni....azam esok tak tau lg..hehe



Thursday, December 29

Teman Baru..Miss Pinky..




Miss pinky ni delah teman baru daku...

Kunun2 senang nak bawak notebook g ngajar, takde la usung laptop compaq ku yg berat tuh..*alasan sungguh kamu*..

Tapi tak tau nape pilih pink, ikutkan target nak amik silver..

Memandangkan kat uitm ni tak dapat PC lg, compaq akan ku tinggalkan di opis, dan teman baruku ini akan ku usung pula bawak balik umah dan opis..hehe

Mula2 nak beli Apple MacBook..



Tapi bila buat pro & cont, x sesuai pulak...aku besenye ngajar guna projector tapi notebook ni kene beli add external utk connect dgn projector..leceh pulak kn..

So...beli la Sony Viao Y series..=)

Dan target lepas ni adalah....PROJECTOR...




P/S: Moga lepas ni semangat nk menyiapkan thesis akan berkobar-kobar..hehe

Sunday, December 18

rindu menjelma

tiba2 mood rindu dtg menjelma di tgh mlm ni...

teringat kenangan zaman kecik2 dlu...tau main..main..main..belajar sikit..main byk...

oh..daku sgt merindui saat2 tuh..zaman yg tak perlu fkr masalah 'negara'..

dan oh...daku sgt merindui mak & abah kt kg..rindu sgt2..tak sabar nk blk jb next week..:-)

esok harap2 tabah hadapi segala dugaan & moga dpermudahkan semuanya...amin..