Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, July 6

Tuesday, July 5

Selamat pengantin baru: farizah & amin


Selamat Pengantin Baru

...Farizah Adliza & Aminuddin...










Jelingan setelah bergelar isteri..

seksi u..


Majlis berlangsung pada ahad, 3 Julai 2011..

Credit gambar to lin..ai tak dapat dtg, dapat tgk gambar pun jadi la..

Very nice and soft color...

Comel je tengok ja..=)..tahniah2..




Selamat pengantin baru ja..

Selamat menempuh alam rumahtangga, menjadi pasangan yg bahagia dan dirahmati Allah sentiasa..

Semoga berbahagia didunia dan akhirat..Amin..=)

Cepat2 dapat baby ye..hehe..





P/S: tak dapat datang..duit makin kureng nak jalan jauh2 nie..huhu..

baju pengantin..pelamin..kad kahwin..


Alhamdulillah..
Jumaat lepas kami berpeluang menghadiri festival pengantin *betul ke nama dia?* kat stadium melawati sek 13 shah alam..Nak ikutkan tak tau pun kewujudan festival ni, nana yg ajak..teman ikut je..hehe


Tghari lepas amik bush kat tempat kerja dia, terus pergi sini..
Kalu betul2 survey nak kahwin..2,3 jam pun tak cukup, nasib bush nak msuk kerja, kalau tak lagi larut duk perhati baju2, pelamin2, pakej2..


Sampai2, survey tempat paling dekat..kad kahwin..



Ai memang amik gambar je lebih, malas nk dengar org berceloteh..



Paling suka gambar ni..nampak klasik..
Pakej harga RM1000 utk outdoor shj..



See, kat sini harga banyak diturunkan..diskaun lebih..
Tp bagi ai, RM18,000 ni kira mahal



Katering Nurul Izzah pun ada..
Kira mampu tak mampu je la..



Rupa org2 terdekat nak naik pelamin..
Camni la gayanya, duduk sambil dengar..



Selain tu, banyak hadiah ditawarkan..antaranya TV kat bawah ni
Ada lg ye..tambah dengan pakej honeymoon..woowww..



Cik puteri ambil ilham..
*nak tunggu put amik gambar kat kamera lambat sangat*
Teman upload terus



Layan kn je gambar2 baju pengantin dan pelamin kat bawah ni..
*malas nk describe*..hehe




*bole tak gabung warna biru dengan design baju hijau ni...masyuk tak agaknya??*



Contoh2 pelamin...simple2 je, kebanyakkan untuk dewan sebab besar sampai 3 'coloum'















PELAMIN KESUKAAN AI....
Gabungan hijau dan krim..suka sangat..
Tp kena kurangkan sikit bunga tu, bagi kemas dan tukar kerusi lain..
*cerewet sikit bab2 ni*



Siapa2 nak pergi ke pameran pengantin lg..abg nara ada promote tempat baru..
klik kat sini..




P/S: nak keluar pergi makan ngn mr.bie...tata..

Sunday, July 3

TBS: Terminal Bersepadu Selatan


Alhamdulillah td selamat hantar mak ai naik bas..
Memandangkan stesyen bas sek 18 takde bas ke pontian,
Kena la pergi ke TBS ni..
Kat sini memang banyak tiket nak kemana2 tempat, tp dlm negara je la ye..

Ni first time ai pergi, tercari2 gak tp takde la sesat..
Dan agak jauh juga..
Jalan menuju ke zoo negara & kuantan sana..

Masa menunggu mak ai solat td..
Ada laki org pegang anak tegur sambil menceritakan sejarah TBS ni..
Baru la ai tau, TBS ni menggantikan terminal pudu
Ketinggalan zaman tul daku ni..


Source: google

Gambar atas ni la TBS nye..nampak kan jalan dia berselirat sikit..
Hah, jenuh memanjangkan leher tinjau sambil berfikir..

'Kat mana la sebenarnya bas2 ni berada'
'Nak beli tiket kat mana??'
'Lengang je, jalan mana nk masuk ke sana?'


Bila dah masuk, memang kagum..
Sangat sistematik hokey..Rasa macam kat airport je..
Siap de skrin besar menayangkan jadual ketibaan dan berlepas bas


Kaunter tiket bas..
Ko pergi je la kat mana2 kaunter then cakap nak ke mana..
Semua kaunter sama je..takde sistem, 1 bas 1 kaunter
Automatik dia link ke semua tempat & bas
Bagus kan..Takyah la tercari2 bas kita nak ada kat kaunter mana..


Hah, yg ni dah terpampang kat atas tempat ape..
Sian mamat tu, macam boring je..
Dah semua tertulis kat skrin, macam takde pe sgt org2 nak tanya kat dia


Food court..
Taknak food court, lain pun ada..
Kenny rogers, KFC, Pak hailam kopitiam, kedai mamak..
Pilih je ikut kemampuan anda..


Lobi ketibaan dia memang stylo..Sangat selesa la tengok..
Dulu kat pudu, naik goyang lutut ai berdiri tunggu,
Sebab sikit punya susah nak cari tempat duduk, tambah dengan ramai org lg..


Tempat ketibaan bas..ko sampai, turun bas, naik je terus ke escalator tu, then terus sampat ke lobi menunggu yg kat atas tu..


Tak nak guna kaunter beli tiket??
Tangan gatal nk menekan sesuatu??
Jangan risau, mesin atas ni sedia membantu..tp cash money je ye..


Contoh org yg gatal tangan..hehe


See..touch screen lg..ala2 ipad gitu..


Tapi 1 yg tak memuaskan hati ai..
Nampak notis kat atas ni??


Maksudnya..
Semua sedara mara, sanak saudara, adik beradik, anak beranak
Hanya bole sampai di tahap ni saja..
Hanya org yg ada tiket & nak naik bas shj bole lepas lobi perlepasan ni..
Betul2 airport system..


Tue ai tak kisah, sebab rule dia kn..
Tapi cuba la bayangkan org yg kena bawa barang banyak..
Contoh macam mak ai td, bawa 2 beg ..
Tak sampai hati nak lepas bagi bawa sendiri ke bas..
Turun escalator yg menjunam bangat la tu

Nampak contoh macm org atas tu, senget2 bahu angkat beg..tu baru lelaki..
Kalau org tua yg bawa barang camna??

At least design la escalator yg macam kat tesco tu,
Provide dengan troli sekali..alang2 nak buat canggih manggih kn
Buat la betul2..Dah jadi tak berapa nak mesra pengguna sikit..

Yg lain memang tip top..
Toilet bersih, surau selesa, aircond 24jam..
Tiba tang tu je tak berapa nak berkenan..ish2


Tempat parking kereta pun banyak..
Don't worry la kalau nak datang sini..


Nak naik teksi pun ada je..
Keluar lif terus sampai sini, takyah jalan jauh2


Uolls pun bole lalu jambatan 'pulau pinang'..huhu
Masa balik baru la perasan jambatan ni, masa sampai busy tinjau tempat nak tuju je..


Dan dari tepi highway, agak jauh nak masuk kedalam..
Kalau bole, lupakan la niat nak berjalan kaki..Sebab jalan dia agak sunyi..Bahaya bangat
Naik je teksi ye..

Dalam perjalan balik ke shah alam, ai membuta je lebih, tau2 dah sampai bawah umah..tak senonoh perangai..hehe
Tq 'driver'..selamat pergi, selamat pulang..
Sekian utk hari ni omelan ai..=)



P/S: Thanks mr.bie for the beg..I'm lovin it..hehe..

Saturday, July 2

transformers: dark of the moon


Alhamdulillah..
Semalam kami berkesempatan menonton cite transformers yg ketiga..
TRANSFORMERS: DARK OF THE MOON

Walaupun beli tiket last minutes yg tak berapa last sgt,
Sempat gak dapat tempat kat atas..
*abaikan org poyo buat muka slumber sebelah nana*

Sempat posing depan 'green hero' sebelum masuk..
Saje nk buat kerja kn..hehe

3 dara pinggitan..ahaks..


mr.bie & ms. syg...hehe..jgn muntah ye..



Sinopsis:

Kisah bermula dengan pertempuran antara Autobots & Deception kat planet Cybertron. masa kapal autobots terakhir nak lari, diorang sempat kena shoots oleh Deceptions lalu jatuh ke bulan. Masa kapal diorang jatuh ni, manusia dapat kesan 'something' mendarat kat bulan, so Amerika & Rusia berlumba2 nak sampai ke bulan dulu *zaman Neil Armstrong 60an*. Bila dah sampai & tau apa yg dijumpai, mereka bersepakat merahsiakan misi utama ke bulan, erti kata lain 'closed case'.

Bila zaman moden, ketika Autobots & pasukan rahsia menjalankan misi, mereka baru mendapat tau yg manusia ada menyimpan rahsia iaitu alat telepot, teknologi canggih dari planet Cybertron yg dijumpai ketika misi ke bulan sedang disimpan di bumi. Optimus Prime marah bila dapat tau tentang rahsia ni, lalu mereka ke bulan untuk membawa pulang Sentinel Prime iaitu ketua sebelum Prime ke bumi. Sentinel berjaya diselamatkan dengan menggunakan matrix Optimus. Rupa2nya berlaku sesuatu yg diluar jangkaan manusia & autobots iaitu Sentinel & Megatron dah lama bersubahat untuk membawa Cybertron yang musnah ke bumi dengan menjadikan manusia sebagai hamba. Mereka juga menggunakan khidmat manusia dengan paksaan *atau berubahat* untuk menjayakan misi2 mereka. Ending macam biasa, pihak yg baik mesti menang..=)


Watak baru: Sentinel Prime


Watak baru: Shockwave & Snake robots *gelisss*




Komen:

  • Walaupun dah jangka adegan2 tak patut akan keluar *reza dah alert awal2*, still rasa geli & terkejut bila tiba part kamera fokus kat bontot heroin masa naik tangga..nama pun cerita mat salleh kn, apa korang aspect??
  • Rasa mcm tak lengkap cerita ni tanpa megan fox, dia lagi best dari heroin baru ni.
  • Iron head kena bunuh dengan sentinel tanpa apa2 amaran & fighthing..tak suka..tak suka..
  • Kurang adegan fight antara robot, walaupun Autobots selamat dari kena tembak kat angkasa & muncul masa sam ngn member2 dia nak pergi selamatkan heroin, still rasa macam 'mana diorang pergi ni??'..Yg banyak, adegan manusia fight dengan robot.
  • Ingatkan autobots banyak membantu, siap kena tawan lagi ade la..hehe..maybe diorang ni besar sgt, senang kena tangkap banding manusia kot.
  • Lawak la time Optimus Prime tersangkut tali masa terbang selamatkan manusia kat bangunan nak runtuh..siap kena selamatkan dengan Autobots lain lg..hehe
  • Fighting last antara Optimus Prime, Sentinel Prime & Megatrons tak buat nafas ai tersekat2 mcm cerita2 transformers sebelum ni..Muzik best tp adegan tak membantu..
  • Macam tengok cerita aliens..maybe sebab ada kapal2 robot ber'gentayang' kat udara & adegan tembak manusia dengan laser *yg bole kn manusia jadi tengkorak*
  • Kuasa seorang perempuan - walaupun pada ai, adegan heroin tu nak naik kan darah megatron tak meyakinkan sgt, tp akibat kuasa seorang perempuan, megatron yg besar tu termakan gak hasutan dia..ahaks..
  • Jalan cerita macam ada yg missing..tak tau apa..
  • Cerita ni 152 min hokey..buang la apa2 yg patut sebelum masuk panggung..hehe
  • Kesimpulan - cerita transformers I dan II lg best rasanya..tp action tetap mantap, maklum la kos berjuta2 dolar, fikir jalan cerita bertahun2, shooting setahun..berbaloi2..=)


P/S: Rasa excited sgt..harry potter keluar next thursday..suka..suka..

Friday, July 1

akhirnya cheese tart kami...



Ok..ni la cheese tart yg di order hari tu

Ada perisa strawberry, chocolate, orange, kiwi, mango, blueberry..

Warna corak2 kat atas tu menggambarkan perisa dia ye..


Malam td ai ngn cik puteri pergi menjelajah bandar kinrara tu bagai nak muntah

Terpusing2..siap tambah sesat ke puchong yg jem lg

Sabar2..demi ngidam punya pasai..


Mlm td dapat 2 kotak, 1 kotak 16 ketul

Otw nak balik je, ai ngn put dah makan 5 ketul sorang

Lagi 1 kotak tu ai bagi kt mr.bie..siap hantar straight ke quality hotel

Sebab mlm td, dia ada ngn mak dia kat sana..

*eceh, bunyi mcm nak amik hati je kn*..hehe


Komen sy:

Saiz
Cheese tart dia agak comel2 skit, kalau tak, tak kan bole abis 5 ketul dalam 1 masa..kalau cheese tart beli kat kedai, 1 ketul je dah muak hokey..

Rasa
Sedap, tak muak pun bila makan..maybe sebab order pelbagai perisa, so semua ai nak rasa cepat2..hehe

Harga
Berbaloi gak..kalau kira2..seketul cheese tart baru sehinggit lebih..kalau kat kedai paling koman dua hinggit hokey..

Delivery
Errr..yg ni macam tak berbaloi sikit..agak jauh nak g amik, berpusing2 cari umah dan tambah lagi sesat..fuhhh..tapi kalau order banyak2 utk buat party ke, memang berbaloi..=)


Macam tak caya je dapat jumpe rai secara live..slalu usya kat blog dia je
cute miut je tengok..hehe
So, sapa2 nak order bole klik ke blog rai..berbaloi2..



P/S: berjanji pada diri sendiri, akan kembali menggunakan oven setelah kerja thesis ku siap..terbantut kerja2 'membaking' ai sebelum ni..