Yusairah Sofiyyah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, May 31

SELAMAT HARI LAHIR ABAH..


Minggu lepas sy pulang ke kg..
Semua kerja sy tinggalkan..
Meeting sy skip, writing sy rest dlu, supplier pun sy contact dari jauh je
Semuanya kerana nak menyambut hari lahir abah tersayang
Tahun ni alhamdulillah berpeluang sambut bersama lg
Cuma tahun depan tak tau camne sebab maybe dah bkerja
Nak balik sesuka hati agak susah la
Bkerja dimana pun sy tak pasti lg..

Sambut bersama atau tidak..
Yg pasti sy sentiasa mengingati dan menyayangi abah tak kira kat mana sy berada
Beliau adalah abah terbaik didunia utk sy
Love u abah..

SELAMAT HARI LAHIR KE-67 ABAH...
Org sentiasa doakan abah & mak
Panjang umur dan dikurniakan kesihatan yg baik sahaja
Bahagia dan gembira selalu

-------------------------------------------------------------------

Majlis bermula selepas solat isya'
Masa ni sy dtugaskan 'menyetting' tempat sbb mak dgn abah solat kat surau
lepas isya' baru mereka bawa org2 surau datang rumah
Terima kasih pada jiran2 yg datang membantu
Sy memang tak mampu nk siapkan sorang2



Bermula dengan bacaan doa selamat
Then tetamu dijemput makan...



Abah potong kek..


Acara last skali..Buka hadiah
Suka sgt tengok masa ni sbb abah senyum je
Hepi dapat hadiah dari anak2 dan cucu beliau

Jam tu paling abah suka, sebelum ni jam kesayangan beliau hilang
Jam tu abg ngah yg bagi, tak mampu den nak beri hadiah mahal2
Dah asyik duk study tak perabih2


Adib muka nak stylo..
Sikit2 minta.."muksu kaco susu - edisi pelat ye"
Lepas tu dah jenuh setiap mlm tukar pampers berkali2


-------------------------------------------------------------

Alhamdulillah tahun ni dapat sambut dirumah sendiri
Kalau imbas kembali tahun lepas, rumah kami kt kg tak siap2 lg
Abah taknak buat kat rumah skudai..tak meriah takde sedara2 katanya
Demi memuaskan hati..buat juga kat kg, tumpang kat rumah atuk

Masa ni sy balik sehari je..
Maghrib sampai pontian, malam tu lepas siap semua majlis, kami balik rumah kat skudai
Then esok tghari balik shah alam semula


Nasib la cik puteri baik hati nak teman
Thanks puteri..
Tp ingat lg..masa ni sempat singgah seremban jumpa mumy..hehe
Muka2 kami setahun lepas..


Alhamdulillah dikurniakan keupayaan utk menjalankan tugas sebagai anak
Walaupun tahun ni sy pulang sendirian, drive malam pulang dari kg sendirian
Tu semua bukan halangan..
Hidup kena cekal..
Semoga terus diberi kesempatan bersama2 dengan family tersayang..=)



p/s: Thanks abah belanja makan2 sebelum org balik..serviskan kereta..bg duit belanja..penuhkan tangki minyak sebelum balik..org memang tak terbalas jasa abah..love u so much abah

kak zue berpindah rumah idaman


Ahad lepas kami berpeluang melawat rumah baru kak zue
Nak menolong datang awal tak mampu sebab ada tuition sampai tghari
*nasib ada mr.bie wakil tolong angkat barang..hehe*
Lepas habis je pukul 1..aku dgn puteri terus tuju rumah dia kat Bukit Bandaraya seksyen 8
Dayah sampai lambat sikit gara2 penangan maharaja lawak

Sampai2 aje kitorg bole terus makan ek
Tengok rumah pun tak sempat lg
Kak zue dah beria suruh makan
Apa lg..pucuk dicita ulam mendatang
Perut pun dah lapar bangat
Siap ada air nescafe lg..
Org lalu lalang angkat barang..kitorg bole duk tgh makan je ek..
Bagus sungguh..hehe

Mula2 ingatkan barang rumah dia takde la banyak sgt
Yelah..duk rumah flat mcm kitorg je
Tp tengok tu..fuhhh


Suka bahagian tangga dia
Look so romantic..auuww..
Kalo malam ni konfem seram..hehe


Part paling mencabar
Menurut org yg datang awal
Tilam ni saja memerlukan 4 org angkat
King size hokey..tak main la queen2..

Kak zue: dedek kawin nanti beli katil dengan tilam camni tau..puas hati
aku: errrr......y me???



Ni baru betul rumah student aka lecturer mekanikal..



Anak kepada owner rumah
..Iman najibah..
Senyum senget tu sambil bergaya dgn 'gelang' dia..



Last2 ni la tugas kami..
Jaga & main dengan iman..hehe
Nak tolong kemas tak reti..anak sedara kak zue je dah penuh rumah



Hah..bergambar dgn baby semestinya aktiviti wajib
Iman 'muka rela'..put kata


Aunty dye with Aunty puteri..
Takyah tutup muka la dye..tengok tangan pun dah tau sape..hehe


Aktiviti selepas pulang dari rumah kak zue
Akan diupdate lain ye..
Mau sambung buat koje..hehe
Saja nak relaxkan otak seketika..

Saturday, May 28

nur..nur..nur kasih...

Misi menonton wayang harini bermula selepas office hour..*eceh..bunyi mcm keje je kan*..plannya tghari, tp biasa la cik puteri, buzy ajer.. So tunda la ke petang..

Tak sempat wikens, ko dah kuar jalan2 ye dedek..x senonoh sungguh kamu ni..

Nasib la sempat sampai sebelum cerita bermula..tu la, last2 min baru nak beli tiket..ada rezeki dapat tengok cerita ni.. alhamdulillah..

Nur Kasih The Movie..malas nak cerita pasal sinopsis dia lagi, kalo rasa nak tau gak..sila la refer sini, blog cik nana..

Saat2 paling tak boleh lupa dalam wayang td..adalah pakcik yg duduk depan seat ktorg td..tengah2 semua org senyap kat part sedih, tiba2 dia bole keluarkn ayat emo..

"ish..kejap bro kejap abg..kepala otak dia la"

Waduhh..kami2 yg dengar ni, tak ke gelak sakan..jenuh gak la nak cover jgn sampai kedengaran kat telinga pakcik tu. kang tak pasai2, kitorg pulak kena kepala otaknya..hehe..

Ntah2 dia bengang sbb jln cerita yg agak slow..hehe..tu pendapat kami la..

Tp tu la, sebelum cerita bermula..aku ngan put asik ckp pasal tisu. yelah, dah baca review sebelum ni asik ckp sedih dan suruh bawa tisu je..nah ko, sekali 3 bungkus aku bawa. tp akhirnya tak guna gak, sebab tak tau kat part mana nak nangis..*Bole pulak ek*

Ayu raudhah tetap maintan ayu dan cantik walau muncul 2 babak je..

Bole borak ngan put pasal nur amina pakai jubah tgh2 hari kat kg..kalo kita mesti dh ckp, 'tak sanggup teman panas2 nak pakai jubah camtu'..tp tgk dia pakai dalam movie ni nampak cute n sopan je..tetiba rasa suka pula

Bila tiba part ending, duk la potpetpotpet..main teka2, rahim razali tu siapa, adam ke aidil..afida es terang2 nur amina..ade kelainan skit bila tiba part ending walau jenuh gak nak memahami, macam main teka2 sendiri..

Tp yg pasti..adam + nur amina = zain ruffege..

Overall cerita aku bagi 3.75 bintang..3.5 mcm sikit sgt, 4 pula mcm best sgt, so bagi tgh2..hehe


Aktiviti selepas keluar dr wayang..

Shopppinngggg….*kenyang makan popcorn dgn kacang dlm wayang td*

Errr bukan..window shopping..*sebab sorang pon takde beli apa2*.. Dah jalan2 sampai jusco nak tutup tp still tak beli apa2 kecuali buku UPSR put beli kat popular *buku kategori shopping ke?*, window shopping le namanya tu..hehe

Ok2..cukup..mau tidur pula..esok pg nak kena g tuition..jgn ngntuk suda la..=)

p/s: esok Saturday..mau tengok pirates of the caribbean dgn mr.be pula..jgn risau puteri, next week sy dh book utk tgk cerita x-men first class dgn kamu..mr.bie sy seorang yg memahami..hehe


Monday, May 23

holiday..holiday..



When we are young, we have time and energy, but we don't have the money.
When we are working, we have the money and energy, but we don't have the time.
When we are old, we have the money and time, but we don't have the energy anymore.


credit to: kunaz

moral: dah keje nanti, pandai2 la cari ruang masa utk pergi berlibur..dapat gak eratkan kasih sayang dlm family..=)

hidup kena cekal..


Weekends yg sgt busy..

Sabtu: tuition, kene dtg tghari umah abg ngah makan mak masak, tuition lg, tolong mak lebel harga kat barang nak jual, kene layan anak sedara jln2 kat fun fair & carrefour..sampai umah nak dekat pukul 11mlm..

Ahad: tuition, balik umah tdo dlu *kepala pening*, pergi umah abg uda makan, bawak mak pergi beli hadiah abah..sampai umah pukul 11 lbh..

Isnin: meeting di UM, settle hal dgn supplier..balik johor *tak tau pukul brape*..tp singgah umah abg ngah ambil mesin badan abah, umah abg uda ambil mak & adib, melaka umah along & kak teh ambil hadiah abah..pukul brape la sampai kg nanti..ish2

Selasa – tak tau bila nak balik: majlis harijadi abah & bergumbira di kg..yahuuu..*masa utk gumuks kan lg badan*..hehe

p/s: harap2 majlis harijadi abah nanti berjalan dgn lancar..amin..

Thursday, May 19

wriTing timE


alhamdulillah..
akhirnya siap juga experiment aku..
pasni bole la fokus writing semata
no more excuse ye dedek
buat la sampai muntah darah sekali pun..muahaha

semoga aku diberi kekuatan dan keupayaan
utk menyiapkan saki baki master ku ni..=)
dan paling penting djauhkan dari penyakit 'M'
antara penyakit merbahaya dikalangan student..ahakss..


kenangan dilab yg sempat disnap oleh mr.bie..
beliau 'pelawat tegar'
rajin hantar makanan & minuman kat lab
mana la awekksss dia tak makin gumuksss..muahahaha


Ya Allah Ya Tuhan ku..
permudahkanlah perjalanan hidupku..
semoga segalanya berjalan dgn lancar..
amin...=)



p/s: tak sabarnye nak abiskn study nie..nk koje pulak..hehe

Tuesday, May 17

kasih ibu..


Kasih ibu memang tiada tolok bandingnya…


Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya. Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.

Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.

Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;

”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”

”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”

“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”

“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.

Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.

Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.

Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.

Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.

Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.

Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;

“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”

Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.

Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.

Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?


"Ada satu jalan menuju kebahagiaan iaitu
berhenti mengejar sesuatu
yang tidak mampu kita raih.."
-jangan bersedih,jadilah wanita yang
paling bahagia-


p/s: lupe nk save link dpt dari mane..sori ye tuan empunye..

dedicated special for u..


The Ariez – Khalimah Cinta


Ku ingin
Kau pejamkan matamu hanya untuk
Sekadar waktu
Ku ingin bisikkan
Khalimah cintaku
Dan selepas ini
Bukalah seluas mana pun
Yang engkau mahu
Ku hanya ingin kau tahu
Aku juga mencintai mu


Aku ingin
Kau slalu ada
Untuk menemani aku
Di segenap ruang hidupku
Aku ingin
Kau slalu mencintai aku
Supaya aku tenang
Selalu


Cintaku hanyalah milikmu
Itu yang kau mahu dariku
Cinta mu milik ku itu
Juga yang ku mahu
Dariku semua untuk mu
Darimu untuk ku
Semoga kita akan tetap
Menyatu…uh..uh…



Dedicated this song special for mr.bie..

Happy 3rd month anniversary too bie..=)

Thanks for the cake dear..

Sunday, May 15

babiEs visit..


Lama dah tak update blog gara2 blogspot yg sedikit bengong, hilang mood terus nak update..

Sebab banyak sangat gambar dalam camera..sy memilih nak cerita tentang babies..

ANIS QALISYA DAN NUR AAKIFAH


1st baby..Anis Qalisya

Baby comel dalam buai ni namanya baby qalisya..mama dia saliana..time kitaorg datang, qalisya tengah tido..nak panggil dia qelly la, bole tak??..hehe


Aktiviti bergambar dengan aunty dedek..wajib hokey..qalisya time ni memberi kerjasama yg baik..hehe..cheeseee..

Time ni baru nampak qalisya ada rupa huzai..before ni nampak more macam sally..nama pun ayah kan, pe la dedek nie..



“Aunty..sy bukan pakai gaun tau..Cuma tak pakai seluar je”..hehe..


Hah..tu dia..time orang nak balik, dia bagi sengihan yg mengancam..ahakkss..

Tata qalisya, next time aunties dating lg ye..=)




2nd baby..Nur Aakifah

Baby comel yg tengah tido ni namanya aakifah..time ktorg datang petang td, dia baru je tido..sian la pulak kene kejut dek aunty2 ni..baby yang ni anak saudara cik nana, mama dia huda..

“Panggil I kifah je k..”


Tengok tu..aunty ira kacau kifah tido, sedaya upaya dia nak bagi baby ni bangun..hehe..


Tadaa..datang lagi sorang aunty nak kejut kifah bangun..ahakss..sian dia kena kacau..


Ok..bergambar dengan kifah..boleh ye sambung tido semula..hehe

Qalisya dan kifah..aunty doakan semoga kamu menjadi anak yg baik, solehah dan berjaya dunia akhirat..amin..



p/s: Bila nak ada anak sendiri nih..=)



Wednesday, May 11

mari ber'Hot & RoLL'..


Aktiviti setelah seharian menghabiskn masa dlm lab..

MAKAN..

Kali ni sy dgn mr.bie memilih makan kt sini..

HOT & ROLL

Setelah dimelayukan..jadilah..panas & gulung..hehe


Sedap..*dedek semua sedap je*

Tak cukup satu..sy order dua utk sy je *mana le tak debab*..hehe

Kat sini ade dua jenis, crispy and paratha..yg besar crispy and kecil paratha..



Ahad lepas, masa anak sedara beli kat sunway pyramid, tak rasa nak mencubanya..hanya memandang sepi..ahakss..

Tp semalam bila round2 Plaza Masalam..baru la datang seru nak try..

Berbaloi2..sedap..crunchy..yummy..semua ade..


Muka org rasa tertipu, dia dapat kecil je..muahahaha..sy dapat ‘besar punye’..

Harga..

Crispy chicken or beef RM5.90..Crispy peanut/banana RM4.90..Paratha RM3.90..

rasa2nya mahal tak??


Ahakss..enjoy menikmati my crunchy..muka tak bleh blah betul


The end product..licin..


Rupe2nye banyak lagi franchise hot&roll ni..

Kalau berminat..bole la mai ramai2..hehe


p/s: pasni nak ajak puteri and ira pulak try kat sini..hehe

utusan diharamkan???..


Utusan diharamkan??..hihi..tak tau nak komen apa..(source:hmetro)

Aku bukan jenis sokong mana2..tp diakui agak menyampah gak bile baca utusan online..

Baca tajuk je pun dah buat aku terbantut nak teruskn pembacaan..Last2 terus tengok bahagian gosip2 artis je..ahakss..bole ek..

Tp pada aku utusan ni mmg agak Pro Umno-BN..Kipas lebeh..hehe

Takleh cite banyak2..bahaya..kite layan je gambar nie..



Aku cilok kat sini..

ish2..agak2 la kalau ye pun kan

Dah glamer kejap pakcik nih..hehe


p/s: bila la nak daftar sebagai pengundi..hehe

Tuesday, May 10

GIANT YG SUKA MEMPERMAINKAN PERASAAN



giant sek7 yg suka mempermainkan perasaan..
dah 2 kali aku terkena
harga kat barang lain
bila scan jadi lain pula harganya..


tak cukup pekerja ke nak update label harga
aku tengok kat kaunter
ramai je pekerja2 dia berlonggok borak2..
banyak sgt borak jadi la gitu
servis hampeh..


kes pertama masa nak beli barang baby utk sally
dua kali hokey..
sekali tuh, aku ngn ira dah buat pandang2 buat muka
kali kedua..
bile tegur balas pon mcm org x cukup sifat balas
woii makcik, ckp memolek la beb..
sepak laju2 kang..
biar muka tak lawa
tapi perangai lawa..
ni dua2 hampeh *kan dh tkeluar kutukan*
nasib la kat hamper beg tu ade tampal harga besar2
baru la nak sedar diri adjust2 harga..


kes kedua..semalam..*cashier yg sama pulak tu*..
balik dari campus singgah giant nak beli barang utk spageti
yg aku nk komplen ni bkn barang masak
tapi barang aku sendiri..
kat rak barang 6 hinggit lebih
bile scan jadi 9 hinggit lebih
hampeh betul
kalo aku tau semahal tuh
takdenye nak beli kat situ
baik gi guardian kat depan je..

dia bole la nak ambil kesempatan sebab
giant or gedung2 besar ni bukan jenis tampal harga kat barang
letak kat rak barang je..
so takde la prove nk komplen kat kaunter tu gak


dah la kat giant sek7 tak bole bawak masuk
beg besar yg takde besar sgt..
ish2..dah jenuh kena keluarkan barang2 berharga
2 handset..camera..dompet..
naseb pakai seluar..bole aku selit2..mr.bie cover pegang..
tak praktikal langsung la..


ingat aku je kena..puteri pun pernah mengalami 'peristiwa' yg sama kat giant ni..

kesimpulan: giant sek7 memang low customer services..macam mana la nak maju..ish2


p/s: ..bole pulak luah perasaan ptg2 camni..ni sebab nak balik umah,terus teringat kes semalam..ahakksss..

PANAS DUNIA..

Aduiii..patut le rasa panas je sekarang nie..

Tido malam jadi tak lena..kalo mandi rasa sampai tak nak keluar bilik air..

Minum air punya la banyak tp still rasa haus..camne tuh..ahakss

Dari jarang minum ais, terus jadi habit sekarang nie..hehe..tak tahan beb..bila dapat air ais, rase nak peluk bungkusan tu tak nak lepas je..camne tuh..

Kalo tido, jangan cakap..dulu tido tak bole tak pakai selimut..kali ni selimut aku campak jauh2, jadi seriau pulak nampak selimut ni..baju tido takleh citer*sensored*..hehe

Selalu coklat bar kalo aku letak atas meja bole je keras..sekarang ni lembek terus macam tak cukup sifat..sama gak dgn krim muka tia amelia aku..lembek semacam..ahakss..

Dulu masuk lab pukul 9pg sampai 4ptg..sekarang ni,pas subuh sepantas kilat bsiap nak masuk lab..8pg je dah terpacak kat depan pintu lab,ni semua gara2 lab ade aircond..*dapat masuk kereta pun dah lega tau, tak keluar2*..hehe

Tengah2 dengar sinar online kat lab tibe2 dengar berita punca berlaku sintom2 kurang sihat ni..

Rupe2nye..RIBUT TROPIKA AERE yag sedang melanda Filipina sedang meniup dari arah barat ke negara ni..dijangka berakhir minggu depan..

source: berita harian

Waduhh..cepat la berakhir minggu ni..tak tahan teman 'menikmati' cuaca panas sekarang ni..

Ni baru panas dunia dedek..tak dapat ku bayangkan panas di akhirat nnti..(*-*)..




BENEFIT: baju cepat kering..tak liat nak bangun pagi..hehe..i like..

Monday, May 9

johnny's rEstaurant


Sabtu lagi..*asik lewat update entry je le dedek ni*

Kalo pegi bukit raja je..mesti makan kt foodcourt..

Kali ni sy dgn mr.bie cube pula makan di johnny’s restaurant..

Ala.. tempat yg ade lambang gambar bekas tomyam tuh..

Glamer gak tempat ni..sampai ramai beratur nak masuk makan..ish2..


Sempat lagi tuh snap gambar masa order makan..hehe..


Kemas sungguh rambut kamu skrang nie..sy suke..=)


Peralatan untuk men’steam’..ahakss..

*air ais lemon tea tuh bukan free flow yer*


Sy baru perasan ade nasi selain dr makanan ‘steam’..

Mr.bie order nasi goreng ginger *err..tak tau betul ke tak nama dia*

Sedap gak..


Makanan dh sampai..

Bertingkat2 hokey..hehe


Setelah dibahagikan..

Takde la banyak sgt..nampak je tinggi td..

Tapi cukup la dua org makan..hehe


Menunggu makanan siap ‘direneh’..hehe


Hasilnya..waaa..

Sedap2..*aku semua sedap..hehe*


Part terakhir..

Mengopek telur yg telah siap direbus

Still tak faham lg..

Ape kaitan telur dgn steamboat??

Tak terfikir agak menyusahkn org nak mengopek ker..ish2..

Tapi sebab masuk skali dalam set..makan je la yob..


Tengok..semua habis..

Kecuali TELUR..

Tak masuk langsung dgn tekak teman bile telur dibuat gitu..ahakss..


Komen sy: steamboat kat sini sedap gak..tapi flaming is better than uncle Johnny punye kedai..ahakkss..tp bile makan ngn mr.bie, semua jd sedap..muahaha..gelak gatai sat..


p/s: masih terfikir2 kenapa tax kat uncle Johnny ni lagi mahal dari pizza hut..(*-*)..